suria

Lelaki Ditemui Mati Terbaring Berhampiran Lebuhraya DUKE

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Khamis gempar apabila terlihat mayat seorang lelaki terbaring di tepi jalan di KM1.8 laluan dari arah Greenwood, Gombak, menuju bandar raya.

Jurucakap Polis Daerah Sentul berkata pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 7 pagi mengenai penemuan itu dan pemeriksaan mendapati lelaki itu dikenali sebagai Gunaseelan, 29, seorang pemandu lori dari Bukit Puchong, Puchong, Selangor.

"Mayat ditemui kira-kira dua meter daripada lori mangsa dan polis mendapati barangan bersepah di dalam lori mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Polis belum mengetahui punca kematian kerana tiada kesan lebam atau kecederaan pada mayat yang kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain