suria

Lima Rumah Hangus Dalam Kebakaran

ALOR SETAR: Lima rumah kampung didiami kira-kira 20 penghuni di Anak Bukit dekat sini hangus dalam satu kebakaran awal pagi Rabu.

Tiada kemalanangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu kira-kira 6 pagi di Kampung Belakang Sekolah Tamil, Batu 5, kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Seorang mangsa, G.Ramasami, 63, berkata dia sedang tidur di bilik bawah bersama isteri dan anak lelakinya di bahagian atas rumah apabila dikejutkan dengan bahang panas melihat siling rumah terbakar.

Anak lelaki Ramasami, Baladevan, 22, berkata dia lari dari atas bumbung rumah dan terjun menyelamatkan diri dengan mengalami cedera pada tangan dan pinggang. Musanah dalam kejadian itu motosikal, basikal dan barang kemas milik keluarga Ramasami.

Seorang lagi saksi, S.Narayanan, 63, Pengerusi Kuil Sri Agasamariama, terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kebakaran berkata jentera bomba yang tiba mendapati sukar masuk kerana jalan sempit dan dihalang beberapa kenderaan. Timbalan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan 6.37 pagi dan 13 anggota bomba termasuk bomba sukarela bersama jentera tiba di situ dalam masa 10 minit.

Katanya, api berjaya dikawal pukul 6.56 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat. -BERNAMA