Kes Umno Saman Pas 10 Dan 11 Mei - Semasa | mStar

Kes Umno Saman Pas 10 Dan 11 Mei

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk perbicaraan kes saman oleh Umno Selangor terhadap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali serta lima yang lain berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh itu selepas membatalkan permohonan Mustafa selaku defendan pertama untuk mengetepikan saman yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed atas alasan teknikal.

Defendan kedua dan ketiga iaitu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu sebelum ini turut memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman itu tetapi peguam mereka, Azhana Mohd Khairudin, memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa kedua-dua defendan itu ingin menarik balik permohonan mereka dan mahkamah membenarkannya dengan kos.

Pada 14 September tahun lepas, Mohd Zin memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mustafa, Abdul Hadi, Mohamad Sabu, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin berkata Mustafa pada 15 Ogos 2011 telah ditemuramah oleh Khairul Azlam di mana Setiausaha Agung Pas itu didakwa telah memfitnah Umno berkaitan dengan wadah dan perjuangan politik mereka.

Menurut beliau, dalam edisi Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011, Mustafa telah menyebabkan atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan kata-kata fitnah itu dalam sebuah artikel di halaman kedua akhbar itu bertajuk "Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais".

Mohd Zin menuntut kesemua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel, faedah empat peratus setahun dan satu arahan injunksi untuk menghalang mereka daripada menerbitkan atau menyebabkan penerbitan kata-kata fitnah itu, baik secara lisan atau di media cetak dan Internet.

Beliau menuntut kesemua defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain