Jentera P/Raya BN Perlu Bergerak Pada 'Gear 5' - Ahmad Maslan - Semasa | mStar

Jentera P/Raya BN Perlu Bergerak Pada 'Gear 5' - Ahmad Maslan

KANGAR: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mahu semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) khususnya Umno, bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Pilihan raya umum akan tiba tidak lama sahaja lagi dan 8 Mac ini genap empat tahun penggal pilihan raya umum yang ke-12. Pilihan raya jarang melangkaui jauh melebihi empat tahun.

"Oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi. Perdana Menteri sedang mencari ilham (bila tarikhnya). Tidak mungkin ia sampai lima tahun," katanya berucap pada majlis penerangan pemimpin dan anggota Umno dan BN Perlis, di sini malam Selasa.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta anggota Umno dan BN agar menjelaskan kepada rakyat akan pentingnya BN diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya hanya dengan cara ini sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang kerajaan.

Jangan biarkan rakyat terpengaruh dengan janji pembangkang yang jelas hanya janji kosong kerana gagal dilaksanakan di negeri yang ditadbir mereka, kata Ahmad. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.