suria

Delegasi Keidanren Kunjungi Najib

PUTRAJAYA: Satu delegasi 15 anggota daripada Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di sini, Rabu.

Delegasi itu, yang diketuai pengerusi Keidanren Hiromasa Yonekura, sedang dalam rangka lawatan ke negara anggota Asean.

Turut hadir pada pertemuan itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala serta Duta Besar Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura.

Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), memberi taklimat kepada delegasi itu tentang Program Transformasi Ekonomi (PTE).

Delegasi tersebut melawat Vietnam sebelum tiba dengan penerbangan ke Malaysia semalam dan dijadualkan berlepas ke Filipina esok. Tahun lepas, satu delegasi Keidanren mengunjungi Indonesia, Thailand dan Singapura.

Keidanren adalah sebuah organisasi ekonomi yang ditubuhkan pada Mei 2002 hasil daripada penggabungan Persekutuan Persatuan Ekonomi Jepun dan Persekutuan Persatuan Majikan Jepun. - BERNAMA

Artikel Lain