suria

Wan Zulkiflee Dilantik COO Petronas

KUALA LUMPUR: Kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas, dilanjutkan dua tahun lagi mulai 10 Februari 2013 hingga 9 Februari 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lanjutan itu pada pertemuan dengan pengurusan kanan Petronas pada Selasa.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk melantik Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), berkuat kuasa 1 April 2012.

Berikutan lanjutan kontrak dan pelantikan COO itu, Perdana Menteri menyuarakan keyakinan beliau bahawa Petronas akan terus melakar kejayaan yang lebih besar. BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain