suria

Tiada Perubahan Dalam MOU Pembantu Rumah Indonesia

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata setakat ini proses penghantaran semula amah Indonesia ke negara ini berjalan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga tidak dimaklumkan sebarang hasrat oleh kerajaan Indonesia untuk mengubah atau meneliti semula memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua negara sebelum ini berhubung perkara tersebut.

Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita di sini pada Selasa, ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyebut rancangan 10 tahun Indonesia untuk menghentikan penghantaran pembantu rumahnya bekerja di luar negara.

Rancangan itu antara lain akan menyaksikan pengurangan penghantaran keluar pembantu rumah Indonesia secara berperingkat kepada hampir sifar menjelang 2017.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata jika itu berlaku, Malaysia juga akan mengubah polisinya mengikut situasi. BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain