Tiada Kes Prima Facie Terhadap Abdul Razak Baginda - Semasa | mStar

Tiada Kes Prima Facie Terhadap Abdul Razak Baginda

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tidak mempunyai kes prima facie untuk menjawab pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang berlaku pada 2006, menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata nota-nota yang ditulis Abdul Razak, yang ditemui dalam beg Ketua Inspector Azilah Hadri, berserta dengan alamat penuh kediaman Abdul Razak dan nama bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda, adalah konsisten dengan seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah meminta bantuan polis untuk melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya.

Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, Hakim Mohd Zaki juga berkata malahan sekiranya Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai mempunyai "motif" berdasarkan semua surat peras ugut daripada si mati (Altantuya), ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi sabitannya tanpa sebarang keterangan langsung atau keadaan bagi pembabitannya dalam apa juga cara dalam perlakuan kesalahan itu.

"Saya berpuas hati bahawa tiada prima facie untuk beliau menjawab pertuduhan terhadapnya. Dengan itu, saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkannya dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman beliau yang diedarkan kepada media pada Selasa.

Mengenai afidavit Abdul Razak, Hakim Mohd Zaki berkata beliau tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan Abdul Razak bahawa Altantuya telah memeras ugutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain