suria

Pendengaran Permohonan Injunksi Halang Roboh Madrasah Salihiah Pada 10 April

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 10 April ini sebagai tarikh pendengaran permohonan injunksi bagi menghalang tindakan meroboh Madrasah Salihiah Kanchut oleh kerajaan negeri Kedah. Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mengenepikan saman difailkan Jawatankuasa madrasah itu atas alasan mahkamah itu tiada bidang kuasa berkaitan tanah wakaf.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ooi Sheow Yean di dalam kamarnya.

Pada 5 Januari lalu, Timbalan Pengerusi jawatankuasa madrasah itu, Jamludin Murad selaku plaintif memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi di sini sebagai usaha terakhir bagi menghalang madrasah itu dirobohkan oleh kerajaan negeri Kedah.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Jamluddin diwakili peguam Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman @ Abdullah, defendan pertama diwakili peguam Nawal Harun manakala Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri diwakili Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Anas Ahmad Zakie. - BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain