suria

Seorang Lelaki Diminta Tampil Bantu Siasatan Kes Dadah

MARANG: Polis Terengganu meminta seorang lelaki tampil ke Balai Polis Daerah Marang bagi memberi keterangan kes dadah yang melibatkan penangkapan seorang lelaki yang bekerja sendiri pada tahun lepas.

Pegawai Penyiasat kes berkenaan Insp Ershah Izzani Mohd Isa berkata kegagalan mengesan Mohd Feerdaus Md Ibrahim, 30, yang mampu menjadi saksi polis sedikit sebanyak membantutkan penyelesaian kes tersebut.

"Kita meminta orang ramai atau ahli keluarga Mohd Feerdaus ini dapat memberi kerjasama kerana sehingga sekarang pihak polis masih gagal mengesan beliau," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Jelasnya pihak polis telah mencuba menjejaki saksi di alamat terakhirnya bernombor 616, Jalan Pintasan Gong Kapas, Kuala Terengganu namun sehingga kini masih menemui kebuntuan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali saksi ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Ershah Izzani Mohd Isa di talian 012-9629861 atau balai polis berhampiran.

Mohd Feerdaus diminta untuk membantu kes Muhammad Hirzi Tahir, 27, yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya berhubung penemuan dadah di hadapan Balai Polis Bukit Payung, di sini pada 28 Nov lepas.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain