suria

Prasarana Agih Tugasan Penyambungan Landasan LRT Bernilai RM2.5 Bilion Dalam Dua Bulan

PETALING JAYA: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan mengagih-agihkan baki empat pakej kerja bagi projek penyambungan landasan aliran transit ringan (LRT) Ampang bernilai RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan.

Kecuali empat pakej itu, Prasarana telahpun mengagihkan kesemua kontrak bagi projek itu, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Shahril Mokhtar.

Pakej-pakej itu adalah bagi pembekalan tren LRT, pembinaan Stesen 12, pembekalan dan pengurusan kad akses dan pemerolehan kejuruteraan serta kontrak pembinaan, katanya kepada pemberita pada pelancaran projek bernilai RM7 bilion itu di sini, Isnin.

Shahril berkata kontrak bernilai lebih RM4.5 bilion telahpun diagihkan.

Untuk membiayai projek itu, katanya, Prasarana akan memasuki pasaran untuk mengumpul dana berjumlah RM4 bilion lagi tahun ini.

"Kami sedang mengkaji dua tranche. Ia mungkin RM2 bilion, campur RM2 bilion," katanya, sambil menambah bahawa Prasarana telah mengumpul kira-kira RM3 bilion setakat ini melalui program sukuk (bon Islam).

Shahril berkata Prasarana akan bekerjasama rapat dengan kontraktor-kontraktor utama untuk melaksanakan langkah-langkah pengurangan kos.

"Selepas pakej-pakej yang selebihnya ini diagihkan, kita akan tahu berapa kos pakej-pakej itu sebenarnya. Saya yakin kita boleh bekerja mengikut peruntukan peepelanjaan," tegasnya. - BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain