suria

Shahrizat Serah Kepada Perdana Menteri Kedudukan Selaku Senator

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator.

Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata terserah kepada Perdana Menteri sama ada melanjutkan tempoh penggal beliau sebagai senator yang akan berakhir bulan depan.

"Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, Ahad.

Majlis julung kali diadakan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri hampir 20,000 orang termasuk 1,627 wakil NGO dari seluruh negara.

Sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew) dilaporkan membuat spekulasi bahawa Shahrizat berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini. Shahrizat dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009.

Shahrizat terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan tentang beberapa kelemahan projek itu yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Ia semakin panas selepas wujud dakwaan berlaku penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. - BERNAMA

Artikel Lain