Muhyiddin Gesa Rakyat Tolak Neo-Liberalisme Pembangkang - Semasa | mStar

Muhyiddin Gesa Rakyat Tolak Neo-Liberalisme Pembangkang

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menolak ideologi neo-liberalisme pembangkang kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada negara pada suatu hari nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata ideologi itu tidak secocok dan tidak sesuai kerana ia bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Mereka mahu menghapuskan undang-undang berkaitan liwat, seks bebas dan ini bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama di negara ini," katanya semasa melancarkan Program Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Johor di Sekolah Menengah Vokasional di sini, Sabtu.

Katanya fahaman neo-liberalisme itu membimbangkan ketika pembangunan negara diasaskan di atas landasan yang kuat untuk berkembang maju dan menghala ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurutnya, pendapatan per kapita rakyat juga telah meningkat kepada US$9,500 (RM28,519) berbanding US$7,000 (RM21,000) pada tahun lepas selepas kerajaan melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Kerajaan.

"Malah, BR1M, KR1M, bantuan kepada para pelajar dan sebagainya sudah diterima oleh 80 peratus rakyat negara ini dan ini menjadi ketakutan pembangkang kerana tidak dapat ditandingi oleh mereka," katanya.

Oleh yang demikian, katanya, semua sukarelawan K1M hendaklah menjadi benteng pertahanan adat resam, budaya dan agama di negara ini agar tidak berdepan dengan bahaya kebebasan melampau oleh pembangkang itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain