MB Selangor Arah PKPS Hantar Salinan Laporan Audit Kewangan Kepada Noh Omar - Semasa | mStar

MB Selangor Arah PKPS Hantar Salinan Laporan Audit Kewangan Kepada Noh Omar

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menghantar salinan laporan audit kewangan perbadanan itu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk dinilai sendiri oleh menteri berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Noh sebelum ini yang meminta pihaknya memberi jawapan bagaimana simpanan tunai PKPS boleh meningkat begitu banyak dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.

"Kewangan PKPS telah diaudit oleh kumpulan profesional kerana sejak 2008, kita di Selangor gunakan cara yang diamalkan oleh syarikat swasta, yang mana peruntukan perakaunan mereka dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas standard perakaunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pengerusi penggerak belia tempatan sesi 2012 di sini, Ahad.

Mengulas dakwaan Noh bahawa peningkatan simpanan tunai PKPS itu adalah disebabkan penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak dengan harga RM97 juta, Abdul Khalid berkata penjualan tanah memang ada, tetapi terdapat dua jenis keuntungan yang diperoleh perbadanan berkenaan, iaitu keuntungan hasil daripada jualan dan keuntungan hasil daripada operasi.

Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebaliknya pernah memprotes tindakan PKPS menjual tanah berkenaan pada harga RM97 juta kerana berpendapat harga berkenaan terlalu murah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain