suria

Harga Bunga Naik 10%

IPOH: Persatuan Florikultur Cameron Highlands akan menaikkan harga bunga sebanyak 10 peratus bermula 16 Mac ini.

Presidennya, Lee peng Fo berkata kenaikkan berkenaan berpunca daripada kos material dan tenaga buruh.

"Kos baja, elektrik dan tenaga pekerja meningkat masing-masing sebanyak 23 peratus, lapan peratus dan 50 peratus sejak 2008.

"Kesemua ahli persatuan bersetuju dengan kenaikan itu dan kami percaya ia adalah munasabah kerana kanaikan terakhir dibuat pada 2008," katanya pada Sabtu.

Lee berharap agar pengeksport, pemborong dan peniaga akan memahami situasi yang dihadapi oleh persatuan itu.

Artikel Lain