suria

Sultan Brunei Tiba Di Sandakan Untuk Lawatan Dua Hari

SANDAKAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, Sabtu, untuk lawatan kerja selama dua hari ke daerah ini.

Ketibaan baginda bersama 17 anggota rombongan di Lapangan Terbang Sandakan dengan pesawat khas pada pukul 9.25 pagi disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri kabinet serta pembantu menteri.

Baginda dijadualkan melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok dan pada sebelah petang berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan.

Pada sebelah malam, baginda dijadual berangkat ke majlis santapan bersama masyarakat Sandakan di Dewan Serba guna Libaran, sebelum berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran.

Baginda dijadual berangkat pulang ke Brunei pagi Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain