suria

Mayat Warga Asing Ditemui Dengan Kesan Tikaman

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, Jumaat.

Mayat dilaporkan ditemui di tepi longkang kira-kira 8 pagi dengan terdapat kesan tikaman di bahagian perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh, berdasarkan penemuan dua sarung parang di lokasi kejadian.

Bagaimanapun belum dapat disahkan, sama ada parang digunakan untuk membunuh mangsa. "Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan kecederaan di bahagian badannya.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa diserang lebih daripada seorang sebelum dibunuh," katanya.

Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. -BERNAMA

Artikel Lain