suria

Pendaftaran Calon Persendirian SPM, SPMU Mula Dibuka

KUALA LUMPUR: Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 dibuka mulai Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir pendaftaran ialah 31 Mac.

Pendaftaran boleh dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.

Menurut LPM, borang pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman webnya di http://www.moe.gov.my/lp. BERNAMA

Artikel Lain