suria

Kerani Bank Didakwa Pecah Amanah RM7,000

BUTTERWORTH: Seorang kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan RM7,000 empat tahun lepas.

Prabanan Manogaran Sultan, 36, dituduh mengunakan wang yang diamanahkan kepadanya berjumlah RM7,000 untuk kegunaan sendiri di Maybank cawangan Jalan Ong Yi How di sini pada 9.31 pagi, 24 November 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April untuk perbicaraan.

Hakim turut mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ramlan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain