Polis Tahan Individu Terlibat Atur Perlawanan Bola Sepak Dalam Masa Terdekat - Semasa | mStar

Polis Tahan Individu Terlibat Atur Perlawanan Bola Sepak Dalam Masa Terdekat

JOHOR BAHARU: Polis Johor akan menahan beberapa individu yang disyaki terlibat mengatur perlawanan bola sepak membabitkan enam pemain Piala Presiden Johor FC yang dipercayai mempunyai jaringan dengan bookie antarabangsa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis yakin dapat melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa maklumat tambahan yang diperolehi pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Saya dimaklumkan Jabatan Siasatan Jenayah Johor bahawa mereka sudah menerima beberapa maklumat tambahan. Kita menyasarkan satu rangkaian sindiket besar melibatkan bookie bertaraf 'jerung'," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penghargaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Trafik Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, Rabu.

Mohd Mokhtar berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes enam pemain Piala Presiden Johor FC yang digantung serta-merta selepas kelab itu mendapati terdapat unsur mengatur perlawanan pada pertemuan menentang Perlis di Stadium Pasir Gudang, 16 Februari lepas.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Johor FC menang dengan jaringan 3-0 dan pihak pengurusan kelab itu membuat laporan polis mengenai kes tersebut pada 18 Februari lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan anggota MPV di negeri ini amat membanggakan apabila menahan 994 individu yang terlibat pelbagai kegiatan termasuk jenayah, dadah dan pendatang asing tanpa izin.

"Kita ada 468 kereta peronda di negeri ini. Unit kereta peronda adalah barisan hadapan kerana mereka adalah orang pertama yang pergi ke tempat kejadian jenayah, membuat rondaan pencegahan jenayah dan pelbagai tugas lain," katanya.

Pada majlis berkenaan, Mohd Mokhtar menyampaikan sijil penghargaan kepada 31 pegawai dan 119 anggota lain-lain pangkat atas kecemerlangan mereka menjalankan tugasan sepanjang tahun lepas.

Beliau turut menyerahkan 50 motosikal baru bagi kegunaan Jabatan Siasatan Jenayah dan lima van bagi kegunaan Jabatan Logistik Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, IPD Kulaijaya, IPD Seri Alam serta IPD Mersing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis KL cari Saksi Rakyat Iran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain