Polis Buru Rakan Konstabel Polis Yang Dibunuh - Semasa | mStar

Polis Buru Rakan Konstabel Polis Yang Dibunuh

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian seorang anggota polis berpangkat Konstabel, yang dipercayai dibunuh rakannya di Batu Caves, Gombak pada 4 Februari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, turut diburu seorang lelaki dikenali sebagai Karunagaran a/l Asaithamby atau Karu, 27, beralamat di No.6G, Jalan 10A, Selayang Baru, Batu Caves.

"Polis percaya kejadian itu bermotifkan dendam dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar, Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah D9, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mendiang V.Divendran, 25, yang bertugas di Bahagian Risikan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan, ditemui mati dengan kecederaan di kepala akibat dipukul objek tumpul di bawah jambatan MRR2 di bulatan Batu Caves dekat sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis KL cari Saksi Rakyat Iran

Artikel Berkaitan

Artikel Lain