Pegawai Latihan Vokasional Didakwa Rasuah - Semasa | mStar

Pegawai Latihan Vokasional Didakwa Rasuah

SHAH ALAM: Seorang pegawai latihan vokasional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM3,370 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal aksesori komputer pada April tahun lepas.

Muhamad Hanusi Hasim, 34, dari Tronoh, Perak, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M. Bakri Abdul Majid.

Tertuduh yang bertugas di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) didakwa memperoleh suapan itu daripada Mohamad Syafik Mahali, 34, sebagai dorongan agar tertuduh tidak membatalkan barang tambahan dan penukaran barang syarikat Global Frequencies Media milik Mohamad Syafik bagi kerja membekalkan Bahan Guna Habis Untuk Unit Infra (aksesori komputer).

Muhamad Hanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks PKNS di sini pada pukul 3.26 petang, 28 April 2011.

Dia didakwa mengikut seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 12 April ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa daripada SPRM Mahamad Sukri Abu Seman sementara tertuduh diwakili peguam Ravindran Devadesan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain