suria

ECER perlu pinjaman pelaburan sebanyak RM 9 bilion

PUTRAJAYA: Pelabur memberi jaminan pinjaman pelaburan sebanyak RM9 bilion tempoh dua bulan pertama tahun ini dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Nilai pelaburan tersebut melibatkan 12 projek dengan sembilan daripadanya projek baru yang diumumkan oleh dalam mesyuarat Majlis Pembangunan ECER yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Jebasingham Issace John berkata projek baru tersebut melibatkan pembinan hotel serta resort bertaraf lima bintang bernilai RM4.2 juta yang akan dibina oleh Radiant Starfish Development SDn Bhd.

Turut akan dibina sebuah pusat peranginan bersepadu bernilai RM1 bilion dan sebuah bandar baru yang akan dibangunkan oleh Damansara Assests Sdn Bhd. Kedua-dua projek ini akan dibangunkan di Mersing, Johor.

Selain daripada itu terdapat dua lagi projek utama melibatkan pembinaan sebuah padang golf bernilai RM1.3 bilion di pusat peranginan Cheratung Pahang oleh Encor Bhd serta sebuah projek akuakultur yang akan dijalankan oleh Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat China Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Bhd di Marang, Terengganu.

Kesemua projek ini dijangkan menyumbang sebanyak RM6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Jebasingam berkata beliau berharap para pelabur dapat menyiapkan semua projek yang telah dirancang dalam tempoh yang ditetapkan.

“Dalam soal pembangunan ECER lebih daripada RM2 bilion akan dibelanjakan untuk membina infrastruktur bagi menyokong pelaburan sector swasta di rantau ini.

“Kami hampir mencapai sasaran pada tahun ini dalam tempoh suku tahun pertama. Justeru selepas ini kita meletakkan sasaran untuk mencapai RM15 bilion pula.

“Kami telah hampir tercapai kita (tahunan) sasaran dalam hanya suku pertama. Mungkin kami akan menyemak sasaran kita kepada RM15bil,” katanya.

Artikel Lain