suria

Sindiket Curi Kereta Tumpas

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi kereta yang turut menjual kenderaan itu ke negara jiran dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam beberapa serbuan minggu lalu.

Sindiket itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 100 kes curi kereta bernilai RM2.2 juta terutamanya kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, salah seorang suspek ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala yang lain di sebuah kelab malam di Jalan Loke Yew.

Katanya, polis mengekori sindikit tersebut ekoran laporan sebuah Toyota Hilux pada 19 Februari.

Menurut beliau, alat yang digunakan untuk mencuri kenderaan tersebut ditemui daripada suspek.

Artikel Lain