suria

Indeks Jenayah Di Pahang Menurun

KUANTAN: Indeks jenayah Pahang bagi awal tahun ini menunjukkan penurunan 79 kes atau 14.34 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Saifuddin Abdul Ghani berkata sepanjang Januari, sebanyak 472 kes jenayah dilaporkan berlaku di Pahang berbanding 551 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, dengan jenayah kekerasan melibatkan 87 kes dan jenayah harta benda sebanyak 385 kes.

Menurutnya kadar penyelesaian kes di Pahang untuk bulan lepas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 262 kes atau 55.51 peratus berbanding 266 kes atau 48.28 peratus tempoh sama tahun lepas.

Saifuddin berkata daerah Kuantan yang merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah di Pahang mencatatkan pengurangan 47.23 peratus pada Januari lepas. - BERNAMA

Artikel Lain