suria

SPNB Perlukan Lebih Ramai Pembekal IBS

MELAKA: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memerlukan lebih banyak penyertaan daripada pembekal teknologi Sistem Binaan Industri (IBS) dalam mencapai sasaran menyediakan 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) pada penghujung tahun ini.

Pengerusinya Datuk Idris Haron berkata SPNB memerlukan sekurang-kurangnya 20 pembekal IBS bagi menjayakan matlamat itu.

Bagaimanapun, katanya SPNB pada masa ini hanya mempunyai lapan pembekal IBS.

"Angka ini amat sedikit dan dikhuatiri menggangu kelancaran pembinaan projek itu kerana kami mensasarkan 5,000 unit rumah RMR1M dapat disiapkan pada Jun tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bot Voyager 4000HC dan River Cruise 3100 yang dihasilkan syarikat tempatan, Boat Explorer Group di sini, Ahad.

Idris yang juga Anggota Parlimen Tangga Batu berkata pihaknya akan berbincang dengan pembekal-pembekal IBS untuk bersama menyumbang kepakaran, teknologi dan idea dalam pembinaan rumah RMR1M di seluruh negara.

Projek RMR1M perlu berjalan dengan lancar dan tidak boleh diambil ringan bagi memenuhi keperluan rakyat, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain