suria

Pembangkang Perlu Bercakap Berasaskan Bukti Saintifik:Dr Chua

KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang PKR-DAP-PAS mestilah berasaskan fakta saintifik bila bercakap dan membantah pembukaan loji Lynas, dan bukan berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan "mileage" politik, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mengulas mengenai demonstrasi menentang loji Lynas di Kuantan pada Ahad, beliau berkata kerajaan berpegang pada (pandangan) Suruhanjaya Tenaga Atom Bangsa-bangsa Bersatu (UNAEC) yang diiktiraf di seluruh dunia.

"Kita bercakap berasaskan bukti saintifik. Jika Lynas memenuhi syarat (UNAEC), kita sokong. Jika tidak, kita bantah.

"Mereka (pembangkang) tak tahu langsung tentang nadir bumi. Mereka mahu eksploitasi isu untuk mileage politik," katanya kepada pemberita pada akhir sambutan ulang tahun ke-63 MCA di sini, Ahad.

Beliau menarik perhatian seorang pakar PAS yang malahan menggesa supaya loji itu dipantau dan jika mendapati ia memenuhi syarat, ia wajar diterima. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain