suria

MCA Miliki 35,000 Anggota Baru:Kong

KUALA LUMPUR: MCA menerima kemasukan 35,000 anggota baru sejak 2008 hingga sekarang dengan 28,000 daripada mereka di bawah umur 45 tahun, kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata dengan itu, jumlah keseluruhan anggota MCA ialah 980,000 orang.

"Kini MCA lebih bersatu dan stabil. Kami memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat. Memandangkan rakyat didahulukan, kami memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

"Kami melaksanakan program untuk bantuan ekonomi, pendidikan dan perubatan," katanya pada ucapan sambutan ulang tahun MCA ke-63. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain