suria

Kilang Pemasangan Barangan Plastik Terbakar

SUNGAI PETANI: Stor sebuah kilang pemasangan barangan plastik di Bakar Arang di sini terbakar dalam satu kejadian tengah malam Sabtu.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya mendapat panggilan pada pukul 12.07 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Beliau berkata ketika sampai di lokasi kejadian api sedang marak di bahagian depan bangunan tetapi tidak ada pekerja dalam bangunan kerana waktu operasi kilang telah tamat.

"Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.30 pagi yang mana hanya 35 peratus sahaja stor tersebut terbakar dan kita sempat menyelamat keseluruhan bangunan termasuk bangunan-bangunan lain yang berhampiran," katanya.

Rosdi berkata sebanyak lima jentera bersama 24 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengan dibantu 12 jentera sukarela.

Beliau berkata punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain