suria

Isu Kanak-Kanak Tiada Warganegara: KDN Hantar Pasukan Khas Ke Sabah

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pasukan khas ke Sabah dua hari lepas untuk menyiasat dengan lebih terperinci isu berkenaan kanak-kanak tidak berwarganegara di negeri terbabit, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pihaknya akan menumpukan kepada beberapa kawasan di Sabah seperti Semporna dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.

"Isu itu amat dekat dengan saya dan hari ini saya memberikan komitmen untuk menangani masalah itu dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Agensi Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Taman Sri Lambak, di sini.

Hishammuddin berkata usaha mencari penyelesaian teradap isu kanak-kanak tidak berkewarganegaraan di Sabah memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain