suria

Himpunan Hijau 2.0: Ribuan Penyokong Hadir

KUANTAN:Kira-kira 5,000 penyokong berkumpul di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) bagi menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (Lynas).

Mereka yang datang kebanyakkannya memakai baju berwarna hijau muda dan berkumpul di beberapa lokasi berbeza sebelum berarak menuju ke dataran MPK4.

Penyokong yang hadir turut membeli cendera mata anti-nadir bumi yang dijual di dataran tersebut.

Pasukan polis juga ditempatkan di semua pintu masuk di padang berkenaan. Sebuah helikopter polis turut dilihat membuat tinjauan daripada udara bagi memantau agar keadaan ditempat tersebut terkawal.

Seawal pukul 9 pagi, suasana himpunan tersebut telah bertukar tidak ubah seperti sebuah karnival dengan ada kumpulan penyokong yang memukul gendang dan remaja yang menunggang basikal di padang berkenaan.

Orang ramai yang turut serta dilihat membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis, “Hentikan Lynas.”

Di Kuala Lumpur, puluhan orang dilihat berkumpul di Maju Junction bagi menyatakan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas. Mereka turut menyanyikan lagu Rasa Sayang dan Selamatkan Dunia.

Sementara itu, di Sibu, kumpulan yang menggelarkan diri mereka, Sibu Friendship Association turut menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

Berikut adalah kronologi Himpunan Hijau 2.0:

11.30 pagi: Pihak penganjur mengumumkan perhimpunan tersebut tamat dan meminta penyokong bersurai.

11.20 pagi: Anwar berkata Pakatan Rakyat akan membatalkan projek Lynas sekiranya mereka mengambil alih Putrajaya. Mereka akan mempertahankan isu alam sekitar dan pembangunan warisan.

11.00 pagi: Penyokong yang hadir senyap selama satu minit bagi menyatakan sokongan mereka. Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga berkata kepada penyokong yang hadir bahawa rakyat Malaysia membantah projek Lynas dan mereka yang menyokong projek tersebut.

10.50 pagi: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba.

10.25 pagi : Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di padang MPK 4. Ketua Pemuda MCA cawangan Indera Mahkota, David Chooi tiba dan berkata beliau keluarganya bersama, kira-kira 50 ahli keluarganya turut serta dalam perhimpunan berkenaan.

10.20 pagi: Penyokong menyanyikan lagu Suara Rakyat. Hishammuddin Rais menyampaikan ucapan.

10.10 pagi: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyampaikan sajak, ‘Gebeng Yang Luka’.

9.45 pagi: Demonstrasi bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku diketuai oleh, aktivis NGO, Hishammuddin Rais.

9.15 pagi: Penyokong bersorak setiap kali kumpulan berbeza tiba di Padang MPK.

9.00 pagi: Orang ramai mula berkumpul di anti-Lynas dengan membawa slogan ‘Hentikan Lynas’. Beberapa pemimpin turut dilihat menyertai himpunan tersebut, antaranya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran, bekas Naib Presiden PKR, R.Sivarasa, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Sastrewan negara, Datuk A. Samad,

Himpunan tersebut bertukar suasanan umpama sebuah karnival apabila ada penyokong yang memukul gendang apabila melihat kumpulan berarak memasuki padang MPK.

8.20 pagi: Orang ramai mula berkumpul di dataran MPK 4.

8 pagi Penyokong mula berkumpul di Hotel Megaview yang terletak kira-kira 2 kilometer daripada padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain