suria

FGVH: Tanah Peneroka Tidak Diusik

BENTONG: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan terkini pembangkang bahawa penyenaraian Felda Ventures Holdings Berhad (FGVH) akan menyebabkan tanah peneroka tergadai.

Sebaliknya kata beliau, tanah peneroka tidak akan terdedah kepada risiko memandangkan Felda mempunyai dana dan aset sendiri membabitkan tanah seluas 350,000 hektar.

"Sebenarnya tanah peneroka tidak akan diusik walau seinci pun jika FGVH disenaraikan nanti," katanya ketika berucap pada penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada peneroka Felda Kemasul, Sungai Kemahal, dekat sini.

Katanya pembangkang semakin terdesak dalam usahanya mendapat sokongan kerana mereka melihat rakyat semakin yakin dengan usaha kerajaan dalam membantu masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Justeru kata Adnan, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat agar menentang kerajaan. BERNAMA

Artikel Lain