suria

Exco Kanan Kedah Kosongkan Pejabat

ALOR SETAR: Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bertindak mengosongkan pejabat beliau di Wisma Darulaman menjelang majlis angkat sumpah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selasa ini.

Difahamkan pengosongan itu dibuat beberapa hari lalu.

Perkembangan itu dilihat seolah-olah mengiakan pergolakan yang berlaku antara Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Selebum ini media melaporkan bahawa Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan hasrat untuk enggan dilantik semula sebagai exco yang akan tamat pada 12 Mac depan.

Dua lagi exco yang dipercayai bakal mengambil pendirian yang sama ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib.

Artikel Lain