suria

Vincent Tan Bersara Dari Berjaya Corporation

Vincent Tan.
Vincent Tan.
Vincent Tan.

KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) pada Khamis mengumumkan bahawa pengasas dan pemegang saham penguasaannya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah mengambil keputusan untuk bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies.

Susulan itu, Tan juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi B-Corp setelah menyerahkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching, pada Januari tahun lepas.

"Buat sementara waktu ini, Robin akan memegang jawatan Pengerusi dan CEO B-Corp secara serentak, berkuatkuasa serta merta, sementara Lembaga Pengarah mengenal pasti dan memilih calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengerusi," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain