suria

Polis Tahan Dua Beranak, Selesai 20 Kes Curi Kabel Syarikat Telekomunikasi

KUANTAN: Polis percaya dapat menyelesaikan 20 kes curi kabel dan bateri syarikat telekomunikasi di negeri ini sejak tahun lepas, susulan penangkapan dua beranak yang mengusahakan premis barang lusuh pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata dua lelaki berusia 53 dan 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di premis terbabit di Km 1/2 Lebuhraya Tun Razak Kuantan pada 4.30 petang.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 209 kilogram tembaga dan 1,500 kg kabel dipercayai dicuri dengan anggaran nilai RM41,000 dari premis berkenaan, katanya.

"Premis yang mempunyai lesen perniagaan berkenaan telah beroperasi lebih lima tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain