suria

PAS Mahu Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: PAS Pulau Pinang mahu peruntukan kerusi pada pilihan raya umum yang sama rata di kalangan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, ia adalah penting bahawa semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat diwakili sama banyak di negeri ini.

“Kami sedang berunding bagi mendapatkan kerusi tambahan untuk PAS,” katanya.

Mohd Salleh bagaimanapun berkaya, tiada keputusan yang dibuat kerana perkara mengenai pencalonan itu masih di peringkat perbincangan.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding sebanyak lima kerusi di negeri itu namun hanya menang satu di Permatang Pasir yang dimenangi oleh Mohd Salleh manakala DAP dan PKR masing-masing dengan 19 dan 16 kerusi.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menuntut bagi portfolio hal ehwal agama atau tidak sekiranya parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang cukup di negeri itu, Mohd Salleh berkata, perkara itu tidak terlintas dalam fikirannya.

“Fokusnya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan jentera pilihan raya kita sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangannya. Perbincangan mengenai porfotlio itu akan difikirkan kemudian,” tambahnya lagi.

Mengenai pencalonnan beliau sebagai Ketua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Mohd Salleh berkata, beliau masih menunggu persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Ia (persetujuan) itu bergantung kepada Tuanku untuk memutuskannya dan kita akan menerima dengan keputusan baginda,” kata Mohd Salleh.

Jawatan ketua majlis agama islam negeri itu kosong sejak 1 Januari lalu apabila bekas yang dipertua itu tamat tempoh pelantikannya selama dua tahun. Bekas ahli akademik itu tidak bercadang untuk pelantikan semula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain