suria

Najib Mulakan Lawatan Ke Melaka

MELAKA: Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan sehari ke Melaka pada Jumaat dengan mengunjungi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka di sini.

Perdana Menteri yang tiba pada 9.45 pagi diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Najib mempunyai atur cara ketat termasuk menghadiri program penyerahan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Berendam di Sungai Putat di sini pagi Jumaat selain merasmikan Taman Seri Manggis di Machap Umboo dan Rumah Mesra Rakyat yang merupakan sebuah projek Syarikat Perumahan Negara Berhad di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal.

Perdana Menteri dijadual melakukan tinjauan mesra di Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kee Ann petang Jumaat, dan menghadiri jamuan malam bersama rakyat di Taman Malim Jaya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain