suria

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Tidak Bincang Isu PFN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Khamis tidak menyentuh isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara tersebut.

"Tak ada. Kita tak bincang isu NFC," katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dekat sini, selepas mesyuarat selesai, Khamis malam.

Bagaimanapun Najib berkata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir pada mesyuarat tersebut.

"Dia ada (hadir). Cuma tak ada dalam sidang media ini," katanya.

PFN, yang diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak didakwa menyalahgunakan dana pinjaman daripada kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain