suria

Isu Israel: Pemuda Umno Adakan Demonstrasi Di Pejabat PKR Bantah Kenyataan Anwar

PETALING JAYA: Pemuda Umno pada Jumaat mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap keselamatan negara Israel.

Kumpulan yang diketuai Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid itu turut menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada wakil PKR.

"Kami menyerahkan memorandum ini sebagai bantahan kepada kenyataan Anwar yang menyokong Israel.

"Kami amat kecewa dengan sokongan seorang pemimpin Islam terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini.

Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Aziz, pihak Ibu Pejabat PKR enggan menerima memorandum berkenaan.

Anwar sebelum ini mempertahankan kenyataannya seperti yang disiarkan The Wall Street Jounal (WSJ) iaitu akan menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel.

Malah menerusi penjelasan Anwar mengenai kontroversi tersebut, beliau tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain