Bekas Kakitangan KSSB Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ancaman Bunuh - Semasa | mStar

Bekas Kakitangan KSSB Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ancaman Bunuh

KLANG: Seorang bekas kakitangan syarikat melombong pasir milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh selepas mendedahkan salah laku syarikat.

T. Sivanesan, 25, yang dipecat KSSB September lepas, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada Jumaat.

Sivanesan mendakwa menerima satu panggilan di telefon bimbitnya pada 12.54 tengah hari yang menegah beliau masuk campur dalam isu pasir.

"Pemanggil berkata 'Jangan masuk campur isu pasir. Jangan ganggu ADU N(Anggota Dewan Undangan Negeri) Sri Muda (Shuhaimi Shafie), KSSB dan MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Jika tidak, kami akan bunuh awak'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran ketika bekerja di KSSB, berkata suara pemanggil misteri itu seperti biasa didengarinya dan beliau mengesyaki individu tersebut bekerja dengan KSSB.

"Panggilan itu datangnya daripada 018-3142328 dan mengambil masa kurang dua minit," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Mohammad Yusof mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa