suria

Proses Pengeluaran Dana Bantuan Bas Henti-Henti Diperingkat Akhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini berkata proses pengeluaran dana bantuan kepada syarikat bas henti-henti berada di peringkat akhir, dengan pengeluaran pertama dijangka dibuat pertengahan Mac.

SPAD berkata satu perjanjian dijangka ditandatangani dengan pengusaha bas terbabit penghujung minggu depan sebelum pengeluaran dana bantuan dapat dilakukan.

"SPAD meminta syarikat-syarikat yang menghadapi masalah berkaitan operasi mereka supaya berbincang dengan SPAD secara terus bagi memastikan masalah dapat diselesaikan dengan segera," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Rabu.

Disember lepas, kerajaan mengumumkan kelulusan dana RM400 juta yang diuruskan SPAD bertujuan membantu syarikat bas henti-henti yang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal berkata masih ada syarikat yang belum menghantar dokumen lengkap dan memenuhi keperluan bagi membantu SPAD mengeluarkan dana bantuan itu secepat mungkin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain