suria

Pengamal Media Boleh Mengundi Secara Pos

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu bersetuju menimbang permohonan para petugas media yang berhasrat untuk mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil media cetak dan elektronik sebagai susulan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC), mengenai undi pos buat kumpulan wartawan.

Beliau berkata, sebagai kesimpulannya, SPR bersetuju bahawa kumpulan petugas media memerlukan kemudahan sebagai pengundi pos, untuk memberi peluang kepada mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Yang disyorkan oleh jawatankuasa itu ialah kumpulan wartawan, tapi istilah wartawan itu dirasakan terlalu sempit, petugas media lebih tepat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil media untuk berbincang mengenai perkara itu di pejabat SPR di sini.

"SPR bersetuju, petugas media ini, di bawah Peraturan 3(1)(f)(pengundian pos) 2003, boleh memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya di mana dia mendaftar sebagai pengundi (untuk mengundi secara pos), pegawai inilah yang akan menimbang dan mengurus permohonan mereka nanti,” tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain