suria

Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Berasingan

KUANTAN: Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan pada Rabu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata, kejadian pertama berlaku di km49.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka yang melibatkan sebuah motosikal melanggar tiang elektrik.

"Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu menyebabkan Wan Ahmad Budi Wan Mahmod, 23, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sementara itu, seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera pada pukul 3 petang Rabu.

Lee Kean @ Chau, 74, yang dalam perjalanan dari arah Temerloh dipercayai cuba memasuki simpang secara mengejut sebelum bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Lee mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain