Mahkamah Tolak Permohonan Habeas Corpus Oleh Kolumnis Arab Saudi - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Habeas Corpus Oleh Kolumnis Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menolak permohonan habeas corpus difailkan oleh kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari Mohamad Najeeb untuk menentukan penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam yang mewakili Hamza, N.Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said dan Amir Nasruddin, yang mewakili responden.

Dalam permohonan habeas corpus itu, Hamza Kashgari, 23, yang didakwa telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Surendran, semasa ditemui pemberita, berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh responden.

Katanya mahkamah menolak permohonan itu atas alasan isu habeas corpus telah menjadi akademik kerana Hamza Kashgari tidak lagi berada di negara ini.

"Kami akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan hari ini," katanya.

Peguam yang mewakili Hamza Kashgari memfailkan permohonan habeas corpus pada 13 Feb bagi penentuan bahawa penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Dalam notis usul, Hamza Kashgari, antara lain memohon writ habeas corpus supaya mahkamah mengeluarkan perintah untuk membawa dan menghadapkannya ke mahkamah bagi perbicaraan habeas corpus.

Rakan Hamza Kashgari, Asma' Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan berkata pada 4 Feb, Hamza Kashgari telah menghantar pesanan melalui akaun Twitternya sempena hari kelahrian Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya pesanan itu telah dipadamkan dari laman sosialnya itu.

Asma' berkata pada 8 Feb lepas, pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemohon atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan dia juga diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Hamza Kashgari ditangkap pada 9 Feb lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dihantar pulang ke Arab Saudi pada 12 Februari lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan