'Geng Leslee' Aktif Pecah Rumah Di Brickfields Tumpas - Semasa | mStar

'Geng Leslee' Aktif Pecah Rumah Di Brickfields Tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan geng pecah rumah diketuai warga tempatan bergelar 'Leslee' serta dianggotai 16 warga Myanmar termasuk enam pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Mereka dipercayai telah melakukan 40 kes pecah rumah di sekitar Brickfields serta 10 lagi di daerah-daerah berhampiran sejak tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid kepada pemberita, Rabu.

Terbaru, seorang pemilik restoran kerugian RM40,000 apabila rumahnya di Pusat Perniagaan Kuchai dipecah masuk dan wang tunai RM30,000 serta alatan sembahyang lesap dibawa lari geng tersebut pada Isnin lepas.

Ekoran kes itu, unit Risikan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah menubuhkan pasukan untuk menumpaskan geng itu, dan menahan suspek pertama yang juga ketua kumpulan itu di kawasan Kuchai Lama pada Jumaat lepas sebelum polis menahan 15 ahlinya di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Gembira, pada hari yang sama.

Di pangsapuri itu, polis merampas 30 barang dicuri termasuk komputer riba dan telefon bimbit serta sejumlah wang asing, kata Wan Abdul Bari.

Dalam satu tindakan susulan, polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan hasil barang curi di Jalan Kuchai Maju pada hari yang sama, di mana seorang lagi warga Myanmar yang bertindak sebagai penjaga stor, turut diberkas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Haram Sekongkol Dengan Israel:Nik Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!