suria

Tiga Suspek Kes Bunuh Pekerja Aksesori Kereta Ditahan

SUNGAI PETANI: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang pekerja kedai aksesori kereta awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superitendan Hashim Ali berkata, tiga suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditangkap pada pukul 5 pagi semalam di sekitar pekan Sungai Petani.

"Tiga lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Selasa.

Ahad lepas mayat seorang pekerja kedai aksesori kereta, yang dipercayai dibunuh, ditemui dalam bilik air tempat kerjanya di Taman Cindai di sini.

Raja Dzulhairi Raja Ali, 19, ditemui mati dalam keadaan terbaring oleh majikannya pada pukul 10 pagi.

Barangan berharga milik mangsa seperti motosikal dan komputer riba didapati hilang bersama beberapa barangan aksesori kereta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain