suria

Sebutan Semula Kes Madrasah Salihiah 7 Mac Ini

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menetapkan 7 Mac ini untuk sebutan semula permohonan Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut menghalang kerajaan negeri merobohkan madrasah itu bagi pembinaan sebuah pusat membeli belah.

Timbalan Pendaftar Ooi Sheow Yean membuat keputusan itu dalam kamar bagi membolehkan semua pihak mengemas kini afidavit masing-masing.

Pada 5 Jan lalu, Timbalan Pengerusi jawatankuasa madrasah, Jamludin Murad selaku plaintif memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebagai usaha terakhir bagi menghalang madrasah itu dirobohkan oleh kerajaan Kedah.

Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Jamluddin diwakili peguam Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain