suria

PM Lawat Kedah Sabtu Ini

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Kedah Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada pukul 9 pagi.

Program pertama beliau adalah menghadiri Himpunan Raksasa Perpaduan Gayung anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia di Modenas, Gurun pada pukul 10 pagi.

Pada pukul 2 petang, Perdana Menteri akan merasmikan Sekolah Bahasa Siam di Watt Kampung Titi Akar, Pendang dan seterusnya menghadiri Karnival Kasih Perdana Menteri bersama masyarakat Siam di Watt Nanai, Kampung Tok Set, Pendang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain