suria

MCA Sambut Ulang Tahun Ke-63 Ahad Ini

KUALA LUMPUR: MCA, parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) akan menyambut ulang tahun ke-63 Ahad ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, lebih 2,000 anggota parti dijangka menghadiri majlis sambutan yang akan berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.

"Tema sambutan tahun ini ialah 'Transformation, New Deal for Rakyat.'

"Acara itu akan dirasmikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

MCA diasaskan pada 27 Februari 1949 dengan Tun Tan Cheng Lock sebagai presiden pertamanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain