suria

Dividen KWSP 6%: Ribuan Pencarum Periksa Penyata

PETALING JAYA: Kira-kira 28,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengunjungi kiosk KWSP itu di seluruh negara bagi memeriksa penyata akaun mereka selepas badan itu mengumumkan dividen sebanyak enam peratus.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Nik Affendi Jaafar berkata, bilangan pengunjung itu telah disahkan setakat pukul 2 petang Isnin.

Kebiasaannya, kiosk KWSP menerima seramai 17,000 pengguna sehari.

Menyedari laman web KWSP sukar dilayari berikutan keadaan trafik pengunjung yang tinggi berbanding hari-hari biasa, beliau menasihatkan orang ramai supaya bersabar.

“Cuba untuk melawatnya pada bukan waktu puncak,” katanya.

“Kami tidak mengehadkan jumlah pengguna untuk memeriksa kenyataan mereka. Dividen itu sudah pun dikreditkan dalam akaun mereka, sudah ada pun ‘wang’ itu,” katanya pada Isnin.

Nik Affendi berkata, kesesakan itu dijangka akan berkurangan selepas beberapa hari sambil menyatakan bahawa ahli KWSP boleh menyemak penyata mereka melalui i-Akaun KWSP, kiosk dan kaunter.

“Hari ini (Isnin) adalah hari pertama selepas pengumuman (dividen). Kami menghargai kerjasama ahli dan diminta untuk bersabar,” katanya yang menjelaskan bahawa KSWP mempunyai kira-kira 13 juta pencarum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain